Tuesday, March 4, 2014

4th : MPT1193 Authoring System // ASP in Dreamweaver CS3 Part I



IIS atau nama penuh dia Internet Information Server adalah testing server untuk ASP.
Part ini saya mengalami masalah sebab laptop kesayangan saya tiada IIS ni.
Kalau nak check or hidupkan IIS,

1. Pergi Start Menu, then klik Control Panel.
2. Lepastu check kat Administrative Tools


3. Lepastu cari nama Internet Information Server (IIS), kalau tak jumpa maknanya komputer or lappy anda tu tak install lagi IIS tu. Jadi kena install dia dulu oke.


Selain check kat atas tu, kita boleh juga buka Local Disk C dan cari folder "inetpub". Kalau ada folder tersebut, maka adalah IIS dalam komputer anda.

Tapi ingat " Folder inetpub tidak boleh dicreate secara manual ya. Folder tersebut automatik wujud dalam komputer anda. "


Gambar atas ni lepas saya install IIS tu guna tutorial kat Internet yang kak Vicky link kan. Nasib baik menjadi. Mula-mula bawa lappy pergi kedai komputer, diorang semua memang tak tahu langsung apa itu IIS. Mereke mereka tu mintak saya explain ada lah. Tapi malangnya mereka still tak faham. -..-"

Bagaimana mahu menginstall IIS ni? Komputer saya menggunakan OS Windows 8. So dia agak pening sikit nak install mula-mula tu. Pergi klik link di bawah

http://www.howtogeek.com/112455/how-to-install-iis-8-on-windows-8/

Lepas dah settle bab IIS ni. Kuliah diteruskan dengan "Creating Contact Form in Dreamweaver CS3 using ASP" Ia ada 7 langkah semuanya.

1.Untuk memulakan satu projek laman web, ADCS3 menyediakan fungsi untuk mencipta tapak web yang akan menempatkan kesemua fail-fail web seperti HTML, imej, multimedia, skrip seperti JavaScript, templat dan lain-lain. Ini memudahkan fail diurus/dipindahkan.

2.Untuk mereka tapak web baru, gunakan fungsi Site pada Menu Bar :

a.Pilih Site dan kemudian New Site…


b.Isikan maklumat pada window Site Definition.
   i.Name – isikan nama tapak web
  ii.HTTP Address – URL tapak web sekiranya ada



c. Pilih aplikasi atau teknologi pelayan (server technology) sekiranya perlu.



d. Pilih lokasi tapak web akan diwujudkan dalam komputer (atau pilihan untuk edit fail terus daripada               pelayan web).

Masalah yang saya hadapi adalah saya tidak boleh buat step 1 dan ada keluar error. 

Then, saya teruskan dengan step 2 iaitu "Setup Database file in Access". Aplikasi yang digunakan adalah Microsoft Access. 

1. Pilih "new database" dengan mengklik "Blank Database"


2. Jangan lupa untuk menukar tapak menyimpan fail ini di dalam 

C:/inetpub/wwwroot/data

3. Then klik butang create. Simpan fail database dalam MS 2002-2003 dengan format .mdb (data.mdb)
4. Buat database anda dalam jadual seperti berikut :


5. Selepas itu masukkan apa yang anda mahu isi dalam database tersebut. Kita boleh pilih format untuk data yang mahu diisi, contohnya, text, number atau lain lain. 

 

5. Untuk bahagian message, anda perlu pilih data jenis "Memo" sebab ia boleh isi lebih banyak character berbanding Text. 


6. Seterusnya, simpan fail anda seperti di bawah :

a. Pergi File > Save&Publish > Save Database As > Access 2002-2003 Database > Save As


Ok. Siaplah Fail Database anda. 

Untuk Step 3- Step 7 saya akan sambung pada entry seterusnya. 

Terima kasih sudi membaca.