Monday, February 24, 2014

3rd : MPT1193 Authoring System // Pengenalan Dreamweaver

Kuliah bagi minggu 3 adalah berkaitan dengan Dreamweaver. Kuliah kali ini kami semua diajar cara-cara untuk membuat web menggunakan Adobe Dreamweaver. Oleh sebab saya tidak meninstall software DW ini lagi dalam lappy peribadi, so saya menggunakan khidmat komputer lab sahaja. Komputer lab menggunakan Adobe DW versi CS3. Kami diajar oleh Dr Norasykin untuk menggunakan aplikasi ini kerana Prof Zaidatun terlibat dengan mesyuarat yang memungkinkan beliau masuk lambat. Baiklah, sebelum itu mari kita mengenali dahulu apa itu Adobe Dreamweaver.

  1. Adobe Dreamweaver CS3 (ADCS3) adalah satu aplikasi pembangunan web. Dahulunya ADCS3  dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver sebelum Adobe mengambil alih syarikat Macromedia. 
  2. Versi AD terkini ialah CS6  
  3. ADCS3 menyokong penggunaan teknologi web termasuklah: 
    • HTML/XHTML 
    • XML/XSLT 
    • Cascading Style Sheet (CSS) 
    • JavaScript (serta fungsi Behaviour) 
    • PHP/VB/ASP/ColdFusion 



 Persekitaran Antaramuka ADCS3 

  1. Elemen-elemen pada antaramuka ADCS3: 

a. Menu Bar – fungsi arahan asas perisian
b. Insert Bar – menambah elemen pada dokumen
c. Document Toolbar – mod dan fungsi paparan dokumen
d. Panels – pelbagai panel (Files, CSS, Application dll.)
e. Properties Inspector – untuk edit atribut elemen pada dokumen
f. Document Window – ruang utama yang menempatkan dokumen


2.     ADCS3 berorientasikan WYSIWYG (what you see is what you get) hibrid untuk 3 jenis View yang 
        boleh dipilih pada Document Toolbar: 
        a.  Code View – paparan kod dokumen 
        b.  Design View – paparan dokumen seperti dalam pelayar 
        c.  Gabungan Code + Design View 


Selepas mengenali icon-icon basic dalam DW, kami mula untuk mencreate html, 
Mula-mula pilih create new html

1. Dokumen HTML/XHTML boleh dicipta, diedit, disimpan dan dipreviu di ADCS3. Dokumen akan disimpan di dalam folder site yang telah dicipta.

2. Untuk mencipta dan menyimpan fail HTML/XHTML baru:
    a. Pilih "Create New"


nanti lepas klik kat situ ia akan memaparkan window macam kat bawah ni 


c. Pada dokumen baru yang dipaparkan pada Document Window [a] dan Title [b], taipkan teks seperti            dibawah.



d. Simpan fail HTML yang telah diedit dengan memilih File > Save


e. Masukkan nama fail pada tetingkap Save As (contoh: cuba1)


f. Fail yang telah disimpan dipaparkan di Panel Files

3. Untuk previu fail HTML/XHTML pada pelayar web, tekan F12 atau klik pada butang Preview/Debug in     Browser pada Document Toolbar dan pilih opsyen Pelayar Web:



4.Untuk memadam/menghapus fail yang telah dicipta, tandakan fail pada Panel Files dan tekan kekunci     Delete. ADCS3 akan mengeluarkan tetingkap amaran untuk mengesahkan operasi menghapus fail, dan pilih Yes untuk menghapuskan fail.

5. Fail-fail di dalam site boleh juga dialih (cut), dipadam (delete), disalin (copy), diberi nama baru (rename), diduplikasi (duplicate) dengan menanda dan mengklik kanan pada fail, dan pilih Edit.

Senang je sebenarnya. Yang penting kena rajin belajar dan rajin explore aplikasi ini.

Ok lah. Cukup sampai di sini. Thanks kerana sudi membaca :)




Monday, February 17, 2014

2nd : MPT1193 Authoring System // ASP and PHP



ASP adalah singkatan bagi Active Server Pages, adalah program di bawah Microsoft yang menggunakan Microsoft Access sebagai database dan IIS atau Internet Information Server sebagai testing server.ASP hanya boleh beroperasi dalam Window platform sahaja. ASP juga lebih menyerupai Visual Basic programming. ASP juga merupakan program yang berbayar di mana ia perlu dibeli daripada Microsoft. Pengguna perlu menginstall Windows dengan IIS sebelum menggunakan ASP. 

 PHP atau Hypertext Preprocessor program yang boleh run dalam Windows, Solaris, Unix dan Linux. PHP juga boleh run dalam NT Server pada hari ini. PHP menggunakan C++ language. Programmer yang pakar dalam C++ ni lebih refer menggunakan PHP berbanding ASP sebab lebih mudah difahami lah kan. Nama pun pakar. Database untuk PHP adalah lebih banyak daripada ASP. Contoh yang paling selalu digunakan adalah MySQL. Lagipun kalau guna MySQL ni FOC. Kalau nak guna database MySQL dalam ASP pun boleh, tapi kena beli MS-SQL daripada Microsoft produk.  

Susah juga kan ASP dengan PHP ni. Pada awal pelajaran, saya memang zero dan tak faham langsung. Tapi lepas baca banyak kali mengenai dua benda ni, bolehlah saya faham. Saya juga ada bertanya rakan-rakan mengenai tajuk ini. Lagipun kami semua ada group dalam Facebook di mana dalam group page tu, kalau ada soalan ke apa ke just post je kat wall group. Nescaya, segala soalan yang bermain-main di minda akan cepat terjawab dengan jayanya. 

Group FB tu namanya : Facebooking Authoring System Together. 


Kawan-kawan dan senior-senior semua memang banyak membantu dalam group ni. :')




Di bawah ini ada jadual ringkasan ASP vs PHP yang lebih mudah untuk difahami.

ASP
VS
PHP
IIS ( Internet Information Server )
Testing server
Apache
Windows
Operating system
LINUX, UNIX, Solaris
Agak secure
Security
Mudah dihack kerana ia merupakan open source
Microsoft Access
Database connection
MySQL
Perlu dibeli daripada Microsoft
Cost
Tidak dikenakan caj
Terhad
Sharing info
Bersifat terbuka

Selain belajar mengenai ASP dan PHP,  kuliah Minggu 2 juga ada menyentuh berkenaan Standalone Application vs Web. 

Standalone Application
VS
Web
Montaj menggunakan flash
Asas
Web-based
Dalam bentuk CD-Rom contohnya school standalone courseware
Bentuk
Dalam bentuk www atau htm atau html
Pengguna di kawasan tertentu sahaja
Pengguna
Pengguna di seluruh dunia
Tidak memerlukan rangkaian Internet
Connection
Memerlukan rangkaian Internet

Di samping itu, kami juga diajar mengenai Multimedia Authoring Paradigms / Metaphor iaitu cara sesuatu software itu berfungsi, contohnya,


  • Methaphor  : 
    • Powerpoint - slaid based
    • Authorware - icons based
    • flash - timeline / frame based
Ok lah. Sekian dahulu untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca 


Thursday, February 13, 2014

1st : MPT1193 Authoring System // Tutorial Mencipta Blog

1st of all.
alhamdulillah. syukur pada Allah sebab bagi peluang pada aku untuk teruskan pengajian dalam bidang sarjana teknologi pendidikan. bak kata kakwan "masterji". #lol

then pada 10 feb 2014 merupakan kelas pertama yang saya join. kelas untuk subjek MPT1193 atau secara simplenya subjek "Authoring System".


Authoring System


rasa takut kan dengar tajuk dia? sebenarnya, subjek ni berkaitan dengan Flash dan Dreamweaver. kuliah untuk subjek ini diajar oleh dua pakar iaitu Dr Norasyikin dan  PM Dr Zaidatun Tasir. 

untuk kelas MPT1193 ni ada 8 orang pelajar yang full time dan part time, Master dan PhD. 

mula mula sekali kami diperkenalkan dengan sillibus untuk subjek Authoring.

  • Apa yang perlu TAHU.
  • Apa yang perlu BUAT.
  • Apa yang perlu INGAT.
  • Apa yang perlu BACA.
Authoring atau dalam BM Penggubahan adalah berkaitan dengan coding yang merupakan satu program untuk pembangunan perisian multimedia interaktif pra-diprogramkan. Authoring boleh ditakrifkan sebagai perisian yang membolehkan pengguna mewujudkan aplikasi multimedia untuk memanipulasi multimedia objects. Dalam pembangunan perisian pendidikan, Authoring adalah satu program yang membolehkan bukan programmer dengan mudah membuat perisian dengan ciri-ciri pengaturcaraan. Ciri-ciri pengaturcaraan yang dibina tersembunyi di sebalik butang dan alat-alat lain, jadi tidak perlu tahu bagaimana untuk memprogramkannya . Sistem ini menyediakan banyak grafik, interaksi, dan alat-alat lain perisian pendidikan yang diperlukan. Biasanya ia termasuklah bahasa pengarangan iaitu bahasa pengaturcaraan yang dibina dengan fungsi untuk mewakili sistem pengajaran. Fungsi yang ditawarkan oleh bahasa pengarangan yang boleh pengaturcaraan berfungsi untuk digunakan oleh pengaturcara atau fungsi perwakilan domain untuk kegunaan pakar. 

pening kan maksud Authoring ni? ini baru mukadimah. belum lagi berkenalan dengan lebih dalam lagi.  

then kami diminta untuk membuat PORTFOLIO menggunakan BLOG.
tak kisah lah nak guna BLOGSPOT ke WORDPRESS ke tapi yang penting kami kena update segala apa pengalaman untuk kami kongsi dalam blog tersebut.

baiklah, straight to the point, hari ini saya nak kongsikan tutorial untuk buat blog. saya guna blogspot.com
ia sangat sangat simple. bak kata pepatah "macam makan kacang goreng". so siapa siapa pun boleh try buat.

1st : kita mesti ada akaun Gmail. kalau tak ada akaun kena la create an account. kalau dah ada just login macam biasa. masukkan username dan password. 

login account gmail anda.

2nd : selepas anda login account gmail. dia akan keluar seperti gambar di bawah. seterusnya, anda just click pada button "new blog" untuk bina blog anda sendiri. 

klik button new blog untuk bina blog anda

3rd : apabila dah klik button new blog tu. akan tertera window box seperti di bawah. create a new blog. anda cuma perlu masukkan nama/title untuk blog anda tu sahaja. macam saya pilih nama "ftn" untuk title blog saya. dan address tu adalah URL untuk blog anda tu. tujuan dia supaya kalau ada orang tanya apa link blog anda, anda boleh la bagi URL tu kan. untuk contoh, URL blog saya fatinithnin.blogspot.com

title blog dan address untuk blog anda

4rd : sekarang anda dah bina blog anda. dah ada title dan address blog. so apa nak buat sekarang? baiklah. gambar kat bawah ini adalah dashboard untuk blog anda. so, kalau nak post entry or nak edit layout or nak ubah setting just pergi kat dashboard je. 

dashboard blog anda

klik button "new post" untuk tulis entry dalam blog anda.

compose new post untuk blog anda

layout blog anda. 
add a gadget - untuk tambah gadget contohnya follower atau calendar


template - customize blog anda dari segi  :
  • font
  • templates
  • background
  • adjust widths / size layout / blog
  • font colour


senang je kan?
mesti semua boleh buat.

untuk header tu anda boleh cipta sendiri guna software contohnya Adobe Photoshop. 

ok lah.
cukup sampai di sini entry kali ini
sampai berjumpa lagi.



-ftn-