Thursday, February 13, 2014

1st : MPT1193 Authoring System // Tutorial Mencipta Blog

1st of all.
alhamdulillah. syukur pada Allah sebab bagi peluang pada aku untuk teruskan pengajian dalam bidang sarjana teknologi pendidikan. bak kata kakwan "masterji". #lol

then pada 10 feb 2014 merupakan kelas pertama yang saya join. kelas untuk subjek MPT1193 atau secara simplenya subjek "Authoring System".


Authoring System


rasa takut kan dengar tajuk dia? sebenarnya, subjek ni berkaitan dengan Flash dan Dreamweaver. kuliah untuk subjek ini diajar oleh dua pakar iaitu Dr Norasyikin dan  PM Dr Zaidatun Tasir. 

untuk kelas MPT1193 ni ada 8 orang pelajar yang full time dan part time, Master dan PhD. 

mula mula sekali kami diperkenalkan dengan sillibus untuk subjek Authoring.

  • Apa yang perlu TAHU.
  • Apa yang perlu BUAT.
  • Apa yang perlu INGAT.
  • Apa yang perlu BACA.
Authoring atau dalam BM Penggubahan adalah berkaitan dengan coding yang merupakan satu program untuk pembangunan perisian multimedia interaktif pra-diprogramkan. Authoring boleh ditakrifkan sebagai perisian yang membolehkan pengguna mewujudkan aplikasi multimedia untuk memanipulasi multimedia objects. Dalam pembangunan perisian pendidikan, Authoring adalah satu program yang membolehkan bukan programmer dengan mudah membuat perisian dengan ciri-ciri pengaturcaraan. Ciri-ciri pengaturcaraan yang dibina tersembunyi di sebalik butang dan alat-alat lain, jadi tidak perlu tahu bagaimana untuk memprogramkannya . Sistem ini menyediakan banyak grafik, interaksi, dan alat-alat lain perisian pendidikan yang diperlukan. Biasanya ia termasuklah bahasa pengarangan iaitu bahasa pengaturcaraan yang dibina dengan fungsi untuk mewakili sistem pengajaran. Fungsi yang ditawarkan oleh bahasa pengarangan yang boleh pengaturcaraan berfungsi untuk digunakan oleh pengaturcara atau fungsi perwakilan domain untuk kegunaan pakar. 

pening kan maksud Authoring ni? ini baru mukadimah. belum lagi berkenalan dengan lebih dalam lagi.  

then kami diminta untuk membuat PORTFOLIO menggunakan BLOG.
tak kisah lah nak guna BLOGSPOT ke WORDPRESS ke tapi yang penting kami kena update segala apa pengalaman untuk kami kongsi dalam blog tersebut.

baiklah, straight to the point, hari ini saya nak kongsikan tutorial untuk buat blog. saya guna blogspot.com
ia sangat sangat simple. bak kata pepatah "macam makan kacang goreng". so siapa siapa pun boleh try buat.

1st : kita mesti ada akaun Gmail. kalau tak ada akaun kena la create an account. kalau dah ada just login macam biasa. masukkan username dan password. 

login account gmail anda.

2nd : selepas anda login account gmail. dia akan keluar seperti gambar di bawah. seterusnya, anda just click pada button "new blog" untuk bina blog anda sendiri. 

klik button new blog untuk bina blog anda

3rd : apabila dah klik button new blog tu. akan tertera window box seperti di bawah. create a new blog. anda cuma perlu masukkan nama/title untuk blog anda tu sahaja. macam saya pilih nama "ftn" untuk title blog saya. dan address tu adalah URL untuk blog anda tu. tujuan dia supaya kalau ada orang tanya apa link blog anda, anda boleh la bagi URL tu kan. untuk contoh, URL blog saya fatinithnin.blogspot.com

title blog dan address untuk blog anda

4rd : sekarang anda dah bina blog anda. dah ada title dan address blog. so apa nak buat sekarang? baiklah. gambar kat bawah ini adalah dashboard untuk blog anda. so, kalau nak post entry or nak edit layout or nak ubah setting just pergi kat dashboard je. 

dashboard blog anda

klik button "new post" untuk tulis entry dalam blog anda.

compose new post untuk blog anda

layout blog anda. 
add a gadget - untuk tambah gadget contohnya follower atau calendar


template - customize blog anda dari segi  :
  • font
  • templates
  • background
  • adjust widths / size layout / blog
  • font colour


senang je kan?
mesti semua boleh buat.

untuk header tu anda boleh cipta sendiri guna software contohnya Adobe Photoshop. 

ok lah.
cukup sampai di sini entry kali ini
sampai berjumpa lagi.



-ftn- 






No comments:

Post a Comment