Monday, February 24, 2014

3rd : MPT1193 Authoring System // Pengenalan Dreamweaver

Kuliah bagi minggu 3 adalah berkaitan dengan Dreamweaver. Kuliah kali ini kami semua diajar cara-cara untuk membuat web menggunakan Adobe Dreamweaver. Oleh sebab saya tidak meninstall software DW ini lagi dalam lappy peribadi, so saya menggunakan khidmat komputer lab sahaja. Komputer lab menggunakan Adobe DW versi CS3. Kami diajar oleh Dr Norasykin untuk menggunakan aplikasi ini kerana Prof Zaidatun terlibat dengan mesyuarat yang memungkinkan beliau masuk lambat. Baiklah, sebelum itu mari kita mengenali dahulu apa itu Adobe Dreamweaver.

  1. Adobe Dreamweaver CS3 (ADCS3) adalah satu aplikasi pembangunan web. Dahulunya ADCS3  dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver sebelum Adobe mengambil alih syarikat Macromedia. 
  2. Versi AD terkini ialah CS6  
  3. ADCS3 menyokong penggunaan teknologi web termasuklah: 
    • HTML/XHTML 
    • XML/XSLT 
    • Cascading Style Sheet (CSS) 
    • JavaScript (serta fungsi Behaviour) 
    • PHP/VB/ASP/ColdFusion 



 Persekitaran Antaramuka ADCS3 

  1. Elemen-elemen pada antaramuka ADCS3: 

a. Menu Bar – fungsi arahan asas perisian
b. Insert Bar – menambah elemen pada dokumen
c. Document Toolbar – mod dan fungsi paparan dokumen
d. Panels – pelbagai panel (Files, CSS, Application dll.)
e. Properties Inspector – untuk edit atribut elemen pada dokumen
f. Document Window – ruang utama yang menempatkan dokumen


2.     ADCS3 berorientasikan WYSIWYG (what you see is what you get) hibrid untuk 3 jenis View yang 
        boleh dipilih pada Document Toolbar: 
        a.  Code View – paparan kod dokumen 
        b.  Design View – paparan dokumen seperti dalam pelayar 
        c.  Gabungan Code + Design View 


Selepas mengenali icon-icon basic dalam DW, kami mula untuk mencreate html, 
Mula-mula pilih create new html

1. Dokumen HTML/XHTML boleh dicipta, diedit, disimpan dan dipreviu di ADCS3. Dokumen akan disimpan di dalam folder site yang telah dicipta.

2. Untuk mencipta dan menyimpan fail HTML/XHTML baru:
    a. Pilih "Create New"


nanti lepas klik kat situ ia akan memaparkan window macam kat bawah ni 


c. Pada dokumen baru yang dipaparkan pada Document Window [a] dan Title [b], taipkan teks seperti            dibawah.



d. Simpan fail HTML yang telah diedit dengan memilih File > Save


e. Masukkan nama fail pada tetingkap Save As (contoh: cuba1)


f. Fail yang telah disimpan dipaparkan di Panel Files

3. Untuk previu fail HTML/XHTML pada pelayar web, tekan F12 atau klik pada butang Preview/Debug in     Browser pada Document Toolbar dan pilih opsyen Pelayar Web:



4.Untuk memadam/menghapus fail yang telah dicipta, tandakan fail pada Panel Files dan tekan kekunci     Delete. ADCS3 akan mengeluarkan tetingkap amaran untuk mengesahkan operasi menghapus fail, dan pilih Yes untuk menghapuskan fail.

5. Fail-fail di dalam site boleh juga dialih (cut), dipadam (delete), disalin (copy), diberi nama baru (rename), diduplikasi (duplicate) dengan menanda dan mengklik kanan pada fail, dan pilih Edit.

Senang je sebenarnya. Yang penting kena rajin belajar dan rajin explore aplikasi ini.

Ok lah. Cukup sampai di sini. Thanks kerana sudi membaca :)




No comments:

Post a Comment